Khasiat Kayu Penawar Hitam
Teras kemuning hitam/ kemuning emas/raja kayu/gemunggal/ menang/nibong/penawar hitam /bidara DLL lagi adalah diantara perubatan tradisional yang mempunyai banyak kelebihan dan khasiatnya, dan sukar untuk mendapatkannya dan harganya yg mahal,permintaanya semakin tinggi. WHATSAPP SAYA Www.wasap.my/601125551995
kemuning hitam asli
Sabtu, 24 April 2021
KHASIAT KAYU PENAWAR HITAM
TERAS GEMUNGGAL DAN KHASIATNYA
Kayu Teras Gemunggal
Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui. Setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun begitu, harus di ingat apapun jua ianya datang dari Allah.
Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua.
Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir.
Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas.
Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.
Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung.
Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggal Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.
Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna.
Umumnya, timbul jika direndam dalam air.
Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggal akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil.
Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggal. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang.
Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggal atau Kelor ini berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya.
Serba Sedikit Kegunaannya:
Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi di antaranya kebal senjata, asid, benteng diri, penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain.
Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki.
Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat.
Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya.
Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
Lekat uri (sak/tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
Budak menangis-nangis: Terasnya di asah dan diberi minum.
Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.
Bisul: Terasnya di asah, disapu pada mata bisul. Insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat.
Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
Digigit ular, lipan atau apa jua binatang berbisa: Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.
Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dan lain-lain.
Mengelak dari di pukau, digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin di pakai pada jari tangan.
Kemuncak kelebihan Teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Gemunggal: Remunggai, Kelor
Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak di sayur, berkhasiyat:
1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya6. Sakit mata: daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam amata7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan16. Bengkak:17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala19. Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akarpepaya dilumat dicomor20. Beri-beri: akarnya direbusdan diminum21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur

Kelor: Gemunggal, Remunggai, Merunggai
Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:
1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum7. Digigit ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.
Kisah yang dipaparkan dibawah ini adalah di himpun dari pelbagai sumber untuk di ambil motivasi tuan dan puan.
Menghalang toyol mencuri duit. Sekurang-kurang terdapat 2 kes. Per1 berlaku di Pasir Mas, seseorang setelah beberapa kali kehilangan duit di rumahnya (termasuk rumah-rumah lain disekitarnya), lalu beliau meminta nasihat seorang tua berdekatan, lalu dicadangkan oleh orang tua tersebut supaya meletakan serpihan teras gemunggal ditempat simpan duit, kemudian kehilangan tidak berlaku lagi. Kes ke2 di Terengganu, seorang sahabat sewaktu pulang beraya di kampong telah meletakkan sepotong teras gemunggal (Tanah Merah) dalam dompetnya, pada waktu itu semua ahli keluarganya juga pulang berkumpul di rumah, keesokan harinya didapati setiap ahli keluarganya kehilangan duit, namun dompet miliknya tidak terusik.
Mengubat busung. Dilakukan oleh seorang perawat di Pasir Puteh. Teras gemunggal ditekan pada perut pesakit dengan kaifiat tertentu, lalu perut yang membusung jadi kempis serta merta.
Mengunci ular tanpa disedari. Seseorang telah terlangkah ular, dan ular menjadi kaku seumpama sebatang kayu keras sewaktu terlangkah tersebut, beberapa tapak kemudian baru perasan yang dilangkahnya adalah ular (TG Cerang Jeli).
Seekor ular tedung senduk telah memasuki rumah seseorang (dan memakan anak kucing), lalu diacukan tongkat teras gemunggal (Pulau Redang) padanya, ular tersebut seakan lemah, mengalah dan tidak dapat bertentang dengan tongkat teras gemunggal tersebut serta bersembunyi disebalik rak, kemudian ular tersebut disentuh dengan tongkat ular cintamani laut. Akhirnya ia ditangkap dan dimasukkan ke dalam bekas, 3 hari kemudian ular terbut mati. Gambar semasa ular dimasukkan dalam bekas sempat diambil oleh tuan punya tongkat teras gemunggal.
Seseorang di Tanah Merah pernah menceritakan mencuba sua teras gemunggal (TG Pulau Rhu…bukan pulau redang) kepada ular tedung senduk, ular tersebut mengalah dan tidak dapat bertentang dengan teras gemunggal.
Antisusuk. Seseorang yang memakai susuk tidak dapat memegang lama teras gemunggal jadi kepanasan, mula-mula panas bahagian cuping telinga dulu.
Anti kesan susuk. Seorang pesara askar yang sewaktu mudanya telah memakai susuk, tetapi selepas pencen telah membuang susuk tersebut. Suatu ketika, dia pergi mengurut dengan seorang perawat yang mana campuran herba minyak urut tersebut dari habuk teras gemunggal (TG Tanah Merah), sewaktu mengasur atau mengurut dengan minyak tersebut walaupun perlahan sahaja terasa tersangat sakit dan tidak tertahan olehnya. Lalu dia menceritakan perihal susuk yang telah dibuang oelhnya kepada tukang urut tadi. Tukang urut berada di Tanah Merah.
Anti kesan santau dalam tubuh. Seorang pesakit yang masih ada kesan-kesan lama santau telah meminum air rendaman teras gemunggal (TG Tanah Merah) lalu dengan tiba-tiba ia menjadi bersin dan berhingus berhari-hari. Habuk teras gemunggal juga member reaksi kepada seseorang yang ada kesan santau dalam tubuhnya.
Seseorang yang menderita penyakit misteri selama dalam 30 tahun, badannya menjadi kurus. Pada masa awalnya beliau tidak percaya tentang penyakit akibat dari ilmu sihir dan seumpamanya, akhirnya beliau baru berubat dengan beberapa perawat, tetapi tidak bersungguh dan berterusan. Suatu ketika seseorang mencadangkan supaya meminum air rendaman teras gemunggal (TG Tanah Merah) dan supaya dibuat sendiri oleh si pesakit, setelah minum berlaku tindakbalas iaitu ia terus berasa pening berpusing, oleh kerana kesan tindakbalas secara kuat dan mengejut maka beliau tidak meneruskan ikhtiar tersebut.
Seseorang bukan warganegara Malaysia yang telah melakukan jenayah telah ditangkap oleh pihak berkuasa, semasa dalam tahanan dia masih berkeras dan macam tiada apa-apa kesan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, lalu seorang anggota menggugut mahu memukul dengan batang/dahan pokok gemunggal (bukan teras), lalu dia terus mengalah dan member kerjasama.
Seseorang di Bachok yang semasa mudanya agak gedebe pendiam (memakai cincin dari teras gemunggal), telah mencabar seorang yang paling samseng yang masyhur di kampungnya. Mereka bertarung dengan tongkat kayu. Sebelum bertarung mereka memberi amaran kepada orang kampung supaya jangan masuk campur. Lalu mereka bertarung berjam-jam lamanya, kedua-duanya saling kena pukul dengan tongkat masing-masing. Akhirnya kedua-dua tidak larat lagi untuk bangun, akhirnya terpaksa juga dipapah oleh orang kampung. Si pencabar tadi yang memakai teras gemunggal tidak pecah berdarah kulitnya, manakala kulit samseng yang dicabarnya pecah berdarah yang agak teruk.
Seseorang penghidap penyakit misteri, yang telah banyak berikhtiar merawat penyakit tersebut tetapi belum sembuh, telah dicadangkan memakai gelang campuran teras gemunggal dll kayu/teras oleh seorang yang mahir, dengan izin Allah dia sembuh dari penyakit tersebut (Tanah Merah, Pulau Redang).
Seorang dekat Tanah Merah yang telah sakit lutut lama, telah memakai cincin perak permatanya teras gemunggal, lalu keesokkan harinya lututnya tidak lagi sakit (TG Tanah Merah).
Seseorang perempuan telah kena hysteria disebuah premis di KL. Terdapat 2 orang sahabat, seorang memiliki cincin permata batu warisan dari datuknya dan hendak mencuba mengubat dengan cincin tersebut, tiada apa-apa kesan. Seorang lagi memakai cincin perak permata teras gemunggal (Tanah Merah), dengan penuh yakin dan tawakal lalu berkata “kalau kau mampu kau tengok cincin ini…” dengan izin Allah perempuan tersebut meraung ketakutan apabila melihat cincin itu dihalakan kepadanya.
Seseorang dari Patani, memiliki teras gemunggal yang warnanya agak merah gelap, beruk garang menjadi ketakutan apabila beliau melalui berdekatan beruk tersebut.
Seseorang baru berpindah masuk ke rumah barunya, terdapat pelbagai gangguan seperti bunyi orang berjalan dan berlari diatas siling rumah, bunyi benda jatuh dalam siling dll, sehingga ada ketikanya sampai dia berkata “jangan berlari kuat-kuat sangat, nanti runtuh siling aku…J”. Suatu hari beliau mendapat ketulan teras gemunggal (Pulau Redang) dan menyimpan didalam rumah, dengan izin Allah semenjak dari itu tiada lagi gangguan diatas silingnya. Beliau tinggal di Tanah Merah.
Seseorang yang baru berpindah ke rumah sewa baru, terdapat gangguan seperti sekali sekala penampakan dan anak kecil menangis, serta ketidaktenteraman perasaan, antaranya si penyewa pernah melihat sekilas pandang ‘sosok seperti isterinya’ memasuki bilik sebelah kirinya sedangkan pada masa itu isterinya berada disebelah kanan. Salah satu ikhtiarnya ialah meletakkan teras-teras gemunggal (dari pelbagai tempat) di sudut-sudut tertentu dalam rumahnya, lama-kelamaan nampak kesan semakin pulih dan selepas 3-4 bulan hilang gangguan tersebut. Kes ini tidak diikhtiar dengan renjisan air jampi atau beras kunyit. Kes di Pulau Pinang.
Seseorang pernah disengat oleh ikan keli, lalu dia menampal habuk teras gemunggal (Tanah Merah) pada tempat sengat tersebut, kesannya jadi sangat kurang sakit dan tidak berdenyut kuat, serta tidak bengkak. Berlaku dekat Bukit Panau Tanah Merah.
Terdapat kisah, si pencuri yang menggunakan ilmu pukau untuk memasuki rumah orang tidak berjaya. Kes di Terengganu.
Semoga sebahagian paparan tentang khasiat kelebihan teras gemunggal diatas ada manfaatnya. Setiap kes ada penerangannya. Allahu alam.
Teras Gemunggal Merupakan Teras Kayu Ber“Energi” Dan Ber“Aura”
Teras Gemunggal Adalah Terdiri Dari Sejenis Kayu Yang Secara Kudrati Mengandungi 'Daya Kekuatan Energi" Atau Potensi Supernatural Dan Bukan Hasil Dari Pengisian Oleh Manusia Semata-Mata. Ia Adalah Ciptaan Allah SWT Sepenuhnya.
Teras Gemunggal Merupakan Salah Satu Daripada Jenis Teras Terpilih Yang Amat Masyhur Dengan Keberhajatan Masyarakat Nusantara Terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal Juga Di Kenali Sebagai Gheli Maronggi ( Madura ) Dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, Terdapat 3 Jenis Teras Gemunggal Berdasarkan Asal Tempat Pokok Gemunggal Di Tanam Atau Dijumpai, Iaitu Gemunggal Kampung, Gemunggal Bukit & Gemunggal Pulau.
Fungsi/Kegunaan/Kelebihan
Teras Gemunggal Boleh Disimpan Di Dalam Rumah Sebagai Pendinding Daripada Dimasuki Pencuri, Perompak, Penyamun Atau Sesiapa Sahaja Bertujuan Datang Ke Rumah Dengan Niat Jahat;
Kehebatan Teras Gemunggal Ini Dikatakan Menjadi Rebutan Para Datin-Datin Yang Bimbang Suami Akan Bermain Kayu Tiga. Ianya Didakwa Selain Boleh Menghalang Ilmu Hitam Atau Sihir Terkena Pada Kita, Malah Ianya Dapat Menambahkan Kasih Sayang Suami Terhadap Isteri;
Kehebatan Kayu Gemunggal Ini Bukan Sahaja Menjadi Buruan Kaum Lelaki Tetapi Kaum Wanita Pun Turut Mencarinya. Ini Disebabkan Oleh Kelebihan Semulajadi Kayu Tersebut Yang Dapat Membantu Wanita Bagi Melembutkan Hati Lelaki. Khasiat Kayu Gemunggal Ini Baik Untuk Anak Dara Dan Yang Belum Kahwin;
Bagi Kalangan Isteri Pula, Ianya Amat Berguna Sekali Bagi Menyejukkan Hati Suami. Lebih-Lebih Lagi Sekiranya Anda Merupakan Isteri Kedua, Ketiga, Keempat;
Teras Gemunggal Itu Apabila Dipakai Pada Tubuh Badan Seseorang Mampu Menjadi Kebal Dalam Sekelip Mata Dan Boleh Mengelak Daripada Dikesan Pihak Musuh (Sesuai Untuk Polis, Tentera, Pengawal Keselamatan Dan Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan);
Teras Gemunggal Sekiranya Dipakai Ketika Orang Hendak Menyusahkan Kita, Insya Allah Mereka Tidak Akan Terdaya;
Teras Gemunggal Sememangnya Telah Menjadi Rebutan Kalangan Pengamal Perubatan, Bomoh-Bomoh Serta Guru Silat,Ahli Korporat Dll Sejak Dahulu Lagi Disebabkan Ianya Memiliki Berbagai-Bagai Keistimewaan Tersendiri;
Diguna Oleh Ramai Kalangan VIP Terutama Dato-Dato Yang Mementingkan Keselamatan Diri.Ini Kerana Kayu Gemunggal Yang Dibuat Dalam Bentuk Permata Cincin Mempunyai Ciri-Ciri Semulajadi Kekebalan Bagi Sesiapa Yang Memakainya;
Menawarkan Racun Dalam Makanan: Sebelum Makan Atau Minum, Lalukan Terasnya Ke Atas Makanan Atau Minuman;
Menjauhkan Dari Terkena Hikmat Sihir Terasnya Dipakai Menjadi Permata Cincin Yang Bersentuh Dengan Kulit;
Menjauhkan Rumah Dari Gangguan Hantu Yang Membawa Penyakit, Dan Sihir: Dengan Menanamkan Pokok Ini Di Empat Penjuru Rumah;
Menakutkan Ular-Ular Dan Binatang-Binatang Bisa Dengan Memakai Terasnya Sebagai Cincin;
Mengeluarkan Raksa Daripada Tubuh Bila Memakai Terasnya;
Khasiat Lain Teras Gemunggal Ialah Mengaktifkan Ketajaman Gerak Hati (Indera Ke-Enam), Kewibawaan Dll;
Kemuncak Kelebihan Teras Gemunggal Ini Ialah Sipemakainya Akan Dikurniakan Ketahanan Kulit Dari Ancaman Asid Dan Perkara Yang Sewaktu Dengannya;
KHASIAT POKOK BIDARA
KHASIAT POKOK,DAUN DAN BUAH BIDARA ( POHON DILANGIT KETUJUH )
Memertabatkan Pokok Bidara Dengan Fakta Saintifik Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW serta ahli keluarganya.
Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28
Sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya. Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.
Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntaha, tempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.
Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :
"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka."
(Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani) dan "Hadith ini diriwayatkan secara ringkas
Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka."
(Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr)
Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya.
Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.
Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian saya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia.
Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan mahkota yang dinamakan Crown of thorns yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini. Kandungan (Chemical constituents)
Hasil Kajian dari Jodhpur National University Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi) Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL) Carotene Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.
Sifat-sifat perubatan Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol. Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen) Ekstrak bijinya merencatkan ketumb
KHASIAT BIDARA
20 Kelebihan Bidara
1. Memandikan jenazah
Sebagai umat islam, semua kegiatan dan gerak-gerik kita sehari-hari sudah diatur secara lengkap oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Mulai dari bangun tidur sampai tidur lagi. Bahkan untuk urusan jenazah pun sudah dijelaskan tata caranya.
Di dalam hadis yang sudah disebutkan diatas disebutkan bahawa ketika kalian memandikan jenazah dianjurkan untuk menggunakan air yang dicampur dengan daun bidara. Di dalam daun bidara ada semacam kandungan alami untuk membersihkan kotoran.
2. Mengubati gangguan jin dan sihir
Mungkin manfaat daun bidara untuk ruqyah adalah salah satu yang paling popular. Pada praktiknya. daun bidara digunakan dalam menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh jin dan sihir-sihir yang dikirimkan oleh para ahli sihir dan dukun.
Salah satu tabi’in yang ahli di dalam ilmu kedoktoran iaitu Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar daun bidara yang ditumbuk hingga halus. Kemudian daun bidara yang sudah halus tadi dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, Al-Kafirun dan Tiga Qul iaitu surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas. (Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah dibacakan ayat-ayat tadi, air daun bidara tadi diminum dan air sisanya digunakan untuk mandi. In shaa allah penyakit-penyakit yang berasal dari gangguan jin dan sihir akan hilang.
3. Gangguan teruk
Apabila ada orang yang terkena ujian gangguan jin dan sihir yang sudah teruk atau parah, hendaknya ia mengharap pahala atas musibah yang dialami seraya tetap terus berikhtiar dalam pengubatan.
Berikut ini adalah kaedah yang dijelaskan oleh salah seorang ulama Arab Saudi yang bernama Dr. Said bin Ali bin Wahf Al-Qahtani Rahimahullah dalam buku beliau yang berjudul Ad-Du’a wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqo Hal. 35.
Haluskan daun bidaradan campurkan ke dalam air
Bacakan ayat-ayat berikut kepada air (di luar bilik mandi)
Membaca
Ta’awuz
Ayat Kursi
Al-A’raf ayat 117-122
Yunus ayat 79-82
Toha ayat 65-70
Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas
Minum air tersebut sebanyak 3 kali.
Gunakan sisa air untuk mandi.
Lakukan cara ini yang beberapa kali sampai kesan dan pengaruh jin atau sihir hilang.
4. Penyingkiran cas negatif dari tubuh badan
Selain dari dari membantu menyingkirkan cas negatif seperti gangguan jin, sihir, ilmu hitam dan saka; mandian daun bidara juga dapat membantu menyingkirkan sifat-sifat negatif pada seseorang itu. Sifat-sifat negatif yang dimaksudkan adalah seperti panas baran, malas melampau, darah gemuruh, hilang semangat, stress, kemurungan dan sebagainya.
5. Membersihkan rumah dari gangguan jin
Masalah yang banyak terjadi di dalam masyarakat adalah rumah yang di dalamnya banyak kejadian-kejadian aneh hasil dari perbuatan atau gangguan jin. Cara yang paling efektif adalah membacakan surah Al-Baqoroh seluruhnya.
Hal ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, dari Abu Hurairah RA: “Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaiton lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqoroh di dalamnya.” (HR Muslim 780, At-Tirmizi 2877)
Selain dibacakan surat Al-Baqoroh, anda boleh mengkombinasikan dengan campuran air dengan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah, ataupun dengan bacaan surat Al-Baqoroh tadi.
Air bidara tadi kemudian dipercikkan atau disemburkan ke sudut-sudut rumah dan di tempat-tempat yang di rasa banyak terjadi gangguan.
6. Mandi setelah haid
Haid adalah proses keluarnya darah kotor melalui vagina sebagai pusingan bulanan wanita remaja hingga sebelum masa menopause. Biasanya yang membuat orang terganggu adalah bau darah haid yang tidak enak. Anda boleh menggunakan campuran air daun bidara untuk mengatasinya.
Sebagaimana telah disebutkan dalam salah satu hadis, dijelaskan bahawasanya Rasulullah SAW memerintahkan untuk membersihkan kemaluan wanita setelah masa haid dengan daun tersebut.
7. Mengatasi haid tidak lancar
Dalam hal haid, tidak semua wanita mempunyai pusingan yang normal. Ada se
KHASIAT RAJA KAYU
KHASIAT RAJA KAYU DAN KEGUNAANNYA
Fungsi/Kegunaan/Kelebihan
Raja Kayu Tembus Cahaya Jika Dipotong Walaupun Tebalnya Sehingga 1 Sm Dan Ia Juga Tumpat. Jika Dimasukkan Raja Kayu Walaupun Bersaiz Kecil Ke Dalam Air, Ia Akan Tenggelam Seperti Batu. Raja Kayu Hanya Ada Dua Jenis Iaitu Merah Dan Putih. Jika Dibakar, Raja Kayu Ini Akan Cair Meleleh Seperti Kemenyan Dan Tidak Akan Menghasilkan Abu Seperti Kayu Lain.
Masyarakat Orang Asli Selalu Mencari Damar Dari Jenis Pokok Ini Untuk Pelbagai Kegunaan. Masyarakat Orang Asli Jarang Jatuh Sakit Sedangkan Mereka Tinggal Di Hutan. Kayu Dan Akar Dari Hutan Kitalah Yang Memberikan Mereka Segala Keajaiban Dan Ubat-Ubatan.
Urut Badan : Serbuk Raja Kayu Jika Digosok Pada Kulit Akan Meresap Ke Dalam Kulit. Ia Mempunyai Berbagai Khasiat Terutamanya Penyakit Kulit Dan Digunakan Untuk Mengurut.
Gigitan Serangga : Gosok Serbuk Raja Kayu Ditempat Yang Kena Sengat. Kesannya Dalam Setengah Jam.
Masalah Dalam Badan : Antara Kegunaannya Adalah Masalah Dalaman Badan Seperti Cirit Birit, Muntah, Resdung, Lelah, Darah Tinggi, Kencing Manis, Darah Tinggi, Keracunan Makanan, Perut Memulas, Kebas Kaki Tangan, Mata Rabun, Resdung, Penat, Lelah, Sakit Sendi, Sakit Pinggang, Lemah Tenaga Batin, Buasir, Perempuan Turun Darah, Terlekat Uri, Sakit Tengkuk, Termakan Racun Dan Muntah-Muntah. Cara Menggunakannya Hanya Merendam Raja Kayu Ke Dalam Segelas Air Panas Selama 10 Minit.
Amalkan Setiap Pagi Dan Malam Untuk Kesihatan Badan. Jika Digunakan Secara Berterusan Dengan Cara Ini, Raja Kayu Akan Dapat Bertahan Selama Setahun Setengah.
Khasiat Tertinggi Ampuh
Dapat Menundukkan Dan Melemahkan Seseorang Yang Berniat Jahat Pada Diri Kita;
Untuk Dijadikan Sebagai Pendinding Diri Dari Hasad Dengki Manusia;
Boleh Menghalau Dan Menjauhkan Makhluk Halus Dari Menggangu;
Ianya Juga Mempunyai Khasiat Yang Tinggi Untuk Tujuan Perubatan;
Ia Dikatakan Mujarab Menyembuhkan Penyakit Asma, Darah Tinggi, Gout, Kencing Manis, Lelah, Sengal-Sengal, Melancarkan Perjalanan Darah, Sakit Kulit, Santau, Penangkal Ilmu Hitam, Pendinding, Penunduk, Pengasih Serta Penghalau Binatang Buas Dan Haiwan Berbisa.
Dipercayai Sesiapa Yang Dipukul Dengan Menggunakan Raja Kayu, (Manusia Atau Haiwan) Boleh Menjadi Gila Sekiranya Tidak Diberikan Penawar Segera;
Air Rebusan Teras Raja Kayu Putih Dikatakan Juga Mampu Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Degil Dan Nakal;
Penagih Alkohol, Rokok Atau Pesakit Batuk Berdarah Juga Dikatakan Mampu Menggunakan Air Rebusan Raja Kayu Putih Sebagai Penawar;
Dahulu Raja Kayu Sering Digunakan Sebagai Hulu Keris Kerana Dikatakan Mampu Memberi Aura Panas Pada Si Pemakainya. Pahlawan Melayu Akan Mempunyai Semangat Yang Kental Dan Berapi-Api Dalam Pertarungannya;
KHASIAT NIBONG TUNGGAL
Khasiat Tertinggi Ampuh NIBONG TUNGGAL 👍🏽
> Pembisa Pukulan 💪🏾
> Pemberat Pukulan 👊🏾
> Penawar Santau Ilmu Hitam 💀
> Penawar Racun Haiwan 🐍
> Ketahanan Tubuh Badan 💪
> Ketahanan Kesakitan
> Ketahanan Penyakit
> Ketahanan Luka
> Kalis Bisa Binatang Berbisa
> Penggerun Binatang Buas
> Menghindari Makhluk Halus Dan Gangguan
> Kurang Sesuai Bagi Golongan Panas Baran
> Penaik Semangat Juang Tempur Dan Melemahkan Musuh/Seteru
Melemahkan Binatang Berbisa.
> Pagar Rumah & Kenderaan
Pendinding Diri Apabila Diserang
> Penggerun Manusia Berperangai Binatang
"Setiap ciptaan ALLAH di Dunia ini mmpunyai suatu Rahsia, Kelebihan, Kebesaran yg tersurat & tersirat. ini adalah salah satu Asbab & iktiar, semua dgn izin ALLAH".
Www.wasap.my/601125551995
Khamis, 22 April 2021
CARA PENGGUNAAN KEMUNING HITAM
Cara Menggunakannya
Caranya ialah dengan rendam teras kayu kemuning hitam / penawar hitam dalam air selama 5 minit lebih kurang sehingga keluar warna kekuningan seperti air tea, atau di asah selama 10 minit. Airnya kemudian diminum. Walau bagaimanapun, perlu di ingat, kita hanya berusaha, sembuh atau tidak, adalah dengan kehendak dan izin Allah juga. Kita berikhtiar untuk penawar yang datangnya dari ciptaan Allah, maka kuasa mutlak adalah milikNya. Insya Allah.
KISAH DISEBALIK KEMUNING HITAM
Mempunyai 1001 penawar penyakit. Jika dimasukkan ke dalam air ia akan tenggelam kerana ianya adalah teras. Jenis kayu yang tumbuh di hutan tebal dan di kawasan Nusantara saja. Enzimnya yang berwarna kuning merupakan bahan yang boleh merawat luka dan masalah dalam usus.
Ada satu kisah seorang hamba Allah yang mengasahkan hulu goloknya (kayu kemuning hitam) bagi merawat penyakit gatal anak perempuannya yang telah menjadi kudis, Alhamdulillah dengan izin Allah, gatal dan kudis tersebut telah sembuh. Kayu kemuning hitam juga boleh digunakan untuk merawat luka, sebab itu ia banyak dijadikan ulu keris dan senjata-senjata pertarungan pada masa dahulu.
Satu kisah lain, bagaimana warna kemuning hitam menjadi pucat kerana terlalu banyak direndam. Ini berlaku kepada Pak Ku Hassan semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun lepas. Ini terjadi kerana terlalu ramai jemaah haji Malaysia yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak kerana cuaca panas dan berdebu. Jadi khidmat tasbih kemuning hitam yang di bawa bersamanya telah digunakan sepenuhnya, iaitu dengan merendamkan dalam air suam dan diberi minum kepada jamah yang sakit.
Teras kemuning hitam yang dijadikan tasbih juga adalah amat tinggi nilai seni dan cantik dipandang mata. Semakin lama dan kerap kali ia digunakan semakin berkilat dan bersinar-sinar warnanya. Jika ia menjadi teman akrab kita, bolehlah kita gunakan sebagai penanda aras berdasarkan warna hitammnya yang semakin berkilat atau semakin kusam.
Kesukaran untuk memperolehi, khasiat, cantik, sukar dicanai kerana kekerasannya telah menjadikan kemuning hitam satu produk istimewa dan harganya lebih mahal dari kayu-kayu biasa.
KESIMPULAN KHASIAT KEMUNING HITAM
Sebagai kesimpulan, khasiatnya :
1. Penenang dan penerang hati
2. Penyembuh luka
3. Penolak sihir / ilmu hitam
4. Penawar gigitan binatang bisa
5. Penawar mabuk / racun
6. Demam panas
7. Kencing manis
8. Buasir
9. Kembung perut
10. Luka dan kudis
11. Darah tinggi
12. Mata kabur
13. Kecacingan
14. Sakit dalam mulut / ulser
15. Busung
16. Batuk
17. Lain-lain penyakit
KHASIAT TERAS KEMUNING HITAM
Khasiat Teras Kemuning Hitam
Penggunaan atau khasiatnya sama ada secara fizikal (dibuat tasbih, bentuk cincin, tongkat, gelang tangan, dan sebagainya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
1. Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
2. Air redamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
3. Kesihatan dalaman bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian.
4. Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam dan ayat Al Quran dengan doa.
5. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah.
6. Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (di ulangi beberapa kali, khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam.
7. Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
8. Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
9. Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insya Allah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan se-eloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insya Allah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
10. Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bisa sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan.
11. Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya mampu menghurungi sahaja.
12. Penguat semangat kerana auranya dengan izin Allah.
Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1 inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insya Allah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
13. Minyak Teras Kemuning Hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam atau penawar hitam di anggap mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
KHASIAT TERAS KUPING BESI/SUKANG 1000
Assalamualaikum...dalam artikel kali ini saya ingin berkungsi kepada pelanggan saya dan kesemua orang yang ingin mengetahui tentang KHASIAT...
-
KHASIAT RAJA KAYU DAN KEGUNAANNYA Fungsi/Kegunaan/Kelebihan Raja Kayu Tembus Cahaya Jika Dipotong Walaupun Tebalnya Sehingga 1 Sm Dan Ia Ju...
-
Mempunyai 1001 penawar penyakit. Jika dimasukkan ke dalam air ia akan tenggelam kerana ianya adalah teras. Jenis kayu yang tumbuh di hutan ...
-
Assalamualaikum...dalam artikel kali ini saya ingin berkungsi kepada pelanggan saya dan kesemua orang yang ingin mengetahui tentang KHASIAT...