KHASIAT RAJA KAYU DAN KEGUNAANNYA
Fungsi/Kegunaan/Kelebihan
Raja Kayu Tembus Cahaya Jika Dipotong Walaupun Tebalnya Sehingga 1 Sm Dan Ia Juga Tumpat. Jika Dimasukkan Raja Kayu Walaupun Bersaiz Kecil Ke Dalam Air, Ia Akan Tenggelam Seperti Batu. Raja Kayu Hanya Ada Dua Jenis Iaitu Merah Dan Putih. Jika Dibakar, Raja Kayu Ini Akan Cair Meleleh Seperti Kemenyan Dan Tidak Akan Menghasilkan Abu Seperti Kayu Lain.
Masyarakat Orang Asli Selalu Mencari Damar Dari Jenis Pokok Ini Untuk Pelbagai Kegunaan. Masyarakat Orang Asli Jarang Jatuh Sakit Sedangkan Mereka Tinggal Di Hutan. Kayu Dan Akar Dari Hutan Kitalah Yang Memberikan Mereka Segala Keajaiban Dan Ubat-Ubatan.
Urut Badan : Serbuk Raja Kayu Jika Digosok Pada Kulit Akan Meresap Ke Dalam Kulit. Ia Mempunyai Berbagai Khasiat Terutamanya Penyakit Kulit Dan Digunakan Untuk Mengurut.
Gigitan Serangga : Gosok Serbuk Raja Kayu Ditempat Yang Kena Sengat. Kesannya Dalam Setengah Jam.
Masalah Dalam Badan : Antara Kegunaannya Adalah Masalah Dalaman Badan Seperti Cirit Birit, Muntah, Resdung, Lelah, Darah Tinggi, Kencing Manis, Darah Tinggi, Keracunan Makanan, Perut Memulas, Kebas Kaki Tangan, Mata Rabun, Resdung, Penat, Lelah, Sakit Sendi, Sakit Pinggang, Lemah Tenaga Batin, Buasir, Perempuan Turun Darah, Terlekat Uri, Sakit Tengkuk, Termakan Racun Dan Muntah-Muntah. Cara Menggunakannya Hanya Merendam Raja Kayu Ke Dalam Segelas Air Panas Selama 10 Minit.
Amalkan Setiap Pagi Dan Malam Untuk Kesihatan Badan. Jika Digunakan Secara Berterusan Dengan Cara Ini, Raja Kayu Akan Dapat Bertahan Selama Setahun Setengah.
Khasiat Tertinggi Ampuh
Dapat Menundukkan Dan Melemahkan Seseorang Yang Berniat Jahat Pada Diri Kita;
Untuk Dijadikan Sebagai Pendinding Diri Dari Hasad Dengki Manusia;
Boleh Menghalau Dan Menjauhkan Makhluk Halus Dari Menggangu;
Ianya Juga Mempunyai Khasiat Yang Tinggi Untuk Tujuan Perubatan;
Ia Dikatakan Mujarab Menyembuhkan Penyakit Asma, Darah Tinggi, Gout, Kencing Manis, Lelah, Sengal-Sengal, Melancarkan Perjalanan Darah, Sakit Kulit, Santau, Penangkal Ilmu Hitam, Pendinding, Penunduk, Pengasih Serta Penghalau Binatang Buas Dan Haiwan Berbisa.
Dipercayai Sesiapa Yang Dipukul Dengan Menggunakan Raja Kayu, (Manusia Atau Haiwan) Boleh Menjadi Gila Sekiranya Tidak Diberikan Penawar Segera;
Air Rebusan Teras Raja Kayu Putih Dikatakan Juga Mampu Melembutkan Hati Anak-Anak Yang Degil Dan Nakal;
Penagih Alkohol, Rokok Atau Pesakit Batuk Berdarah Juga Dikatakan Mampu Menggunakan Air Rebusan Raja Kayu Putih Sebagai Penawar;
Dahulu Raja Kayu Sering Digunakan Sebagai Hulu Keris Kerana Dikatakan Mampu Memberi Aura Panas Pada Si Pemakainya. Pahlawan Melayu Akan Mempunyai Semangat Yang Kental Dan Berapi-Api Dalam Pertarungannya;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan