kemuning hitam asli

Khamis, 22 April 2021

KISAH DISEBALIK KEMUNING HITAM

 Mempunyai 1001 penawar penyakit. Jika dimasukkan ke dalam air ia akan tenggelam kerana ianya adalah teras. Jenis kayu yang tumbuh di hutan tebal dan di kawasan Nusantara saja. Enzimnya yang berwarna kuning merupakan bahan yang boleh merawat luka dan masalah dalam usus.


Ada satu kisah seorang hamba Allah yang mengasahkan hulu goloknya (kayu kemuning hitam) bagi merawat penyakit gatal anak perempuannya yang telah menjadi kudis, Alhamdulillah dengan izin Allah, gatal dan kudis tersebut telah sembuh. Kayu kemuning hitam juga boleh digunakan untuk merawat luka, sebab itu ia banyak dijadikan ulu keris dan senjata-senjata pertarungan pada masa dahulu.


Satu kisah lain, bagaimana warna kemuning hitam menjadi pucat kerana terlalu banyak direndam. Ini berlaku kepada Pak Ku Hassan semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun lepas. Ini terjadi kerana terlalu ramai jemaah haji Malaysia yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak kerana cuaca panas dan berdebu. Jadi khidmat tasbih kemuning hitam yang di bawa bersamanya telah digunakan sepenuhnya, iaitu dengan merendamkan dalam air suam dan diberi minum kepada jamah yang sakit.


Teras kemuning hitam yang dijadikan tasbih juga adalah amat tinggi nilai seni dan cantik dipandang mata. Semakin lama dan kerap kali ia digunakan semakin berkilat dan bersinar-sinar warnanya. Jika ia menjadi teman akrab kita, bolehlah kita gunakan sebagai penanda aras berdasarkan warna hitammnya yang semakin berkilat atau semakin kusam.


Kesukaran untuk memperolehi, khasiat, cantik, sukar dicanai kerana kekerasannya telah menjadikan kemuning hitam satu produk istimewa dan harganya lebih mahal dari kayu-kayu biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHASIAT TERAS KUPING BESI/SUKANG 1000

 Assalamualaikum...dalam artikel kali ini saya ingin berkungsi kepada pelanggan saya dan kesemua orang yang ingin mengetahui tentang KHASIAT...