kemuning hitam asli

Rabu, 19 Mei 2021

TERAS LAKA & MENANG DAN KHASIATNYA

  السلام عليكم ورحمة الله تعالي وبركاته

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkungsikan sedikit mengenai teras yang hebat juga, dinamakan TERAS LAKA & MENANG serta khasiatnya


Kayu Laka atau Kayu Menang sememangnya digemari oleh sesetengah peminat teras kayu yang terpilih. Ini disebabkan sifat kayu ini yang cantik dan bermistik serta amat payah dijumpai lebih-lebih lagi pada bahagian terasnya. Kayu Menang yang keadaannya dijumpai dalam teras kayu yang mati dianggap kayu yang memakan kayu dan ianya dapat hidup dalam keadaan kayu mati disekelilingnya (Kayu Menang Kayu)..


Pendapat sesetengah pihak menganggap khasiat mistik ini pada teras kayunya yang membawa tuah pada si pemakainya yang bersifat melawan arus air dan tidak berganjak dari tempatnya..Seiring dengan nama kayu menang ianya juga dikenali dengan nama Kayu Laka/Teras Lako ataupun Kayu Melaka.

(www.wasap.my/601125551995 )


Berikut ini adalah beberapa manfaat kayu menang dengan izin Allah :


1. Pada zaman dahulu kayu menang digunakan sebagai salah satu bahan bangunan. Kayu menang dipercayai insyaAllah boleh membawa keberuntungan untuk pemilik rumah dan anggota keluarganya.

2. Kayu menang dipercayai boleh membawa keberuntungan bagi pedagang atau orang yang menjalankan bisnes. Kayu ini harus dibawa pergi kemanapun karena boleh melancarkan urusan dagang atau bisnes orang yang memilikinya.

3. Manfaat kayu menang dipercayai boleh menolak berbagai hal yang negatif dalam kehidupan. Kayu menang yang dimiliki dan dirawat dipercayai sebagai salah satu ikhtiar penolak bala.

4. Kayu menang juga dipercayai sebagai salah satu alat untuk meningkatkan rasa percaya diri bagi pemiliknya. Hal ini akan membuat pemiliknya merasa memiliki wibawa yang besar, dihormati dan mendapatkan posisi yang penting dalam berbagai pekerjaan.

5. Pada zaman dahulu manfaat kayu menang digunakan sebagai bahan untuk membuat perlengkapan dayung. Dayung perahu yang berasal dari kayu menang dipercayai boleh membuat orang yang berada di atas perahu selamat, terhindar dari berbagai bahaya dan membawa rasa keberanian yang tinggi.

6. Kayu menang boleh dijadikan sebagai teman perjalanan. Khasiat kayu menang dipercaya boleh meningkatkan keberanian, menghindarkan diri dari berbagai musibah dan membuat pemiliknya bisa selamat sampai tujuan.

7. Kayu menang  dapat meningkatkan aura. Aura orang yang memiliki kayu menang akan terlihat lebih kuat, penuh dengan semangat, kebaikan, memberikan daya tarik mistik dan selalu diberikan keberuntungan.

8. Manfaat kayu menang juga boleh  membuat pemiliknya mendapatkan jodoh sesuai dengan keinginannya. Banyak manfaat yang boleh dirasakan oleh pemilik kayu menang salah satunya adalah boleh mendapatkan jodoh sesuai dengan keinginan hatinya.

9. Kayu menang  dikatakan membuat seseorang menjadi lebih halus dan semua pendapatnya akan diikuti karana dipandang memiliki tujuan yang baik.


Peringatan!!!!


Sebagai seorang Islam kita janganlah meletakkan kuasa makhluk melebihi kuasa Allah swt. Anggaplah ini sebagai suatu usaha dan ikhtiar yang dikurniakan oleh Allah swt pada alam ini. Sesungguhnya Allah menjadikan alam ini khusus untuk manusia tetapi Allah menjadikan manusia untuk akhirat. Wallahuakalam.


Kaedah Menjaga Khasiat Kayu Menang. 

Sebagai kayu yang dilihat mengandung unsur kekuatan alam, maka perlakuan kayu menang memang tidak sama dengan jenis kayu lain. Bagaimanapun kayu menang mengandung unsur alam yang bersifat magis. Berikut ini beberapa cara penyimpanan kayu menang menurut kepercayaan orang dahulu  :-


a.  Kayu menang harus disimpan di tempat yang lebih tinggi apabila diletakkan di dalam rumah.

b. Elakkan untuk membawa kayu menang ke tempat-tempat yang tidak bersih seperti  kamar mandi atau tandas.

c. Sebaiknya kayu menang harus dijaga agar tidak dilangkah orang, karena itu lebih baik jika  disimpan di tempat yang lebih tinggi.


JIKA BERMINAT DENGAN MANA-MANA TERAS,, BOLEH PM NO WASAP INI www.wasap.my/601125551995


Khamis, 6 Mei 2021

CARA MINUM MADU YANG SEBETULNYA

 Rupanya Selama Ini Cara Anda Minum Madu SALAH, Patutlah Tak Jadi Ubat

 

 Cara minum madu dengan betul, khasiat madu  2

Selama ini, tujuan makan madu selain nak sihat tentu-tentulah nak sembuhkan penyakit. Tapi kenapa walau dah habis berbotol madu, sakitnya masih ada.. tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah.


Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.


Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?


Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.


Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?


Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.


“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”


Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda


Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.


1. Betulkan Cara Makan


Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.


Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.


Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.


Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.


2. Makan Buah Dengan Betul


Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.


3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar


Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.


Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.


Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.


4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air


Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.


Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.


Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.


Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.


Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit


1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..


Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.


Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.


2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala


Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepala, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.


2. Untuk Rawatan Bahagian Badan


Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.


Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.


Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.


3. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah


Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.


4. Rawatan Bahagian Bawah


Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.


Tip Ini Penting!


Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas


Cara minum madu ->  madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk


Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.


Jika Badan Sejuk


Ini cara minum madu ->  tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas


Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.


1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.



Dr Hisham Hashim


Kenali Dr Hisham Hashim


Anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika ini bertugas sebagai penyelidik Mineral di Jabatan Mufti Brunei Darussalam, Bahagian Penyelidik Artifak ke bawah Duli Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam, Pengerusi Kelab Pengumpul Batu Permata Utara Malaysia dan Pengasas Total Health Management.


Pengkhususan beliau berkaitan batu permata dan nilai perubatan. Pengetahun berkaitan herba bermula daripada salasilah keluarga dari Mesir yang ahli herba. Yang bersamaan dengan Ibnu Sina. Dari Mesir datuk dan nenek beliau berhijrah ke India, seterusnya Indonesia dan akhirnya Pulau Pinang.

KHASIAT TERAS KUPING BESI/SUKANG 1000

 Assalamualaikum...dalam artikel kali ini saya ingin berkungsi kepada pelanggan saya dan kesemua orang yang ingin mengetahui tentang KHASIAT...